Okay, aku dah dengar semua lgu2 diorg dlm album ni. Ada perubahan sedikit dlm album Soulfly ni. Tak sama mcm album "Omen", "Conquer" ataupun "Dark Ages". Ni first aku dengar Soulfly main "blast beat" dalam lgu "World Scum", "Chains" dan "Gladiator". Aku mmg suka betol drummer baru ni dan namanya David Kinkade. Dia dulu pernah join dengan band Borknagar, Malevolent Creation dan lain-lain.
Tema lirik mereka ni agak lain. Ia kembali kepada zaman Sepultura yang terawal sekali iaitu zaman "Bestial Devastation". Line-up diorg pon dah banyak berubah setelah si Bobby Burns dan Joe Nunez telah meninggalkan band ini. Tidak apa. Lagipun aku suka line-up baru diorg nih. Lagu2 yang aku gemar adalah "Gladiator" dan "Plata O Plomo". "Plata O Plomo" mmg ada ciri-ciri Brujeria (lebih kurang mcm tu lah). Dan "Gladiator" pula memang agak ganas juga bila korang kt intro mmg terasa mcm nk bagi penyepak pon ada, nk terajang muka orang pon ada. Pergghhh!!! Mmg brutal la! Tapi aku tak suka muzik video "World Scum" sebab takde yang ganas pon. Yang ada cuma Cicak kobain tgh makan makhluk kecik tu adalah (dan ada unsur2 agama sekali tapi aku x ambik peduli pon).
Jadi klau ada sesape minat album ni belilah kt mana2 kedai yang ada jual. Mana la tau klau ada rezeki ke hehe... Jadi, aku bagi rating 17/20 jer lah.

No comments:
Post a Comment