Yes, dah beberapa hari aku asyik buat mod sendiri untuk kedua-dua game aku ni. Habis mpq file aku di ubahsuai dan hasilnya pon tak menjadi... ADOIIYAIIII!!! Aku cuba nak tukar model ke model baru yang telah aku download di internet. Selepas aku tukar model tu, aku testlah game tu. Tengok-tengok model tu tak ubah langsung dan portrait model tu pon takde. Habis game aku ada bug! Jadi aku tukar balik kepada original punya (bukan yang model tu, tapi mpq file dia kena tukar balik... leceh). Jadi aku dah give up ngan game Warcraft tu.
Lepas tu cuba Starcraft 1 pulak. Listfile dalam mpq tu semua nya aku tak faham. Dalam file mpq tu asyik nama FILE00000001 lah FILE00002560 lah.... peerrgghhhh payat sangat aku nak tukar. Sepatutnya, nama file mcm ni. Contoh lah. zzerg.grp, zzerg1.smk (lebih kurang mcm tu lah). Apa lagi, aku malas nak ubah mpq dia sebab terlalu pelik dan terlalu CRACK.
So, aku malas nak buat mod untuk dua-dua game ni. Lebih baik aku g tanam pokok lah daripada buat benda yang buang masa ni.
DUNIA NGERI DAN GANAS
Ia bukan sekadar blog sahaja...
Wednesday, 3 April 2013
Tuesday, 30 October 2012
An album review about Lavatory "Transgression EP".
Well... this is my first video review and also my first vlog. I know this video is about an album. During recording this video, I was kinda nervous that time. That's why I speak PUTAR BELIT!!! hahaha!!!. After this video was spreaded by Deadbeat Shop's facebook page, everybody kinda like my video and give a positive comments including an owner record label Slaughterhouse Records who distributed Lavatory's Transgression EP. So, I hope you guys enjoy this video.
P/S: how did that Cap Guy steal my phone??? WEIRD HUH??
Thursday, 4 October 2012
Review: The Haunted - Made Me Do It
Haaa.... lama tak dengar album ni. Mase tu aku dulu Tahun 6 tu (Umur 12 tahun) layan lagu nih hahahaha. Aku dah dengar semua lagu dalam album ni. sebelum aku seluruh album ni, abang aku dulu pernah simpan satu lagu dalam henpon dia, tajuknya "Trespass". Aku pon layan la hahahaha. Aku suka tengok cover macam ni. Ia bertemakan "pembunuh bersiri-siri", "jenayah" dan sebagainya.
Lagu2 aku suka adalah "Dark Intention", "Bury Your Dead", "Leech", "Hollow Ground" dan "Revelation". "Dark Intention" ni aku boleh dapat bayangkan tentang seorang ni memang mempunyai niat jahat la untuk bunuh orang (sambungan lagu "Bury Your Dead"). Sekali dengar lagu "Bury Your Dead" terus berpusing2 kepala aku (adoiyai sakit tulang belakang aku dibuatnya). Bagaimana pula dengan lagu "Leech" ni. Hangguk kepala kuat2 secara slo-mo la. Ada la sikit death metal nya. Lagu feveret aku ni adalah "Hollow Ground". Aku x tau ia tentang apa tapi aku bayangkan salah satu tempat tu macam tempat yang sejuk dan menyeramkan. "Revelation" pulak tok sah cakap lah lagu ni perrgghhh betul2 rasa macam belasah orang pon ada tau. Yang lain-lain boleh la.....
Aku x pasti lagi la album ni masih jual ke tak sebab ni album lama. Album tahun 2000. Dari segi pendapat aku, aku lebih suka Marco Aro daripada Peter Dolving. Jadi aku bagi rating 16/20.
Oh ye... lagu 8 bit "Dark Intention / Bury Your Dead" masih dalam proses nak siap. Tak tau la bila ia akan di uploadkan.
Oh ye... lagu 8 bit "Dark Intention / Bury Your Dead" masih dalam proses nak siap. Tak tau la bila ia akan di uploadkan.
Review: Soulfly - Enslaved
Okay, aku dah dengar semua lgu2 diorg dlm album ni. Ada perubahan sedikit dlm album Soulfly ni. Tak sama mcm album "Omen", "Conquer" ataupun "Dark Ages". Ni first aku dengar Soulfly main "blast beat" dalam lgu "World Scum", "Chains" dan "Gladiator". Aku mmg suka betol drummer baru ni dan namanya David Kinkade. Dia dulu pernah join dengan band Borknagar, Malevolent Creation dan lain-lain.
Tema lirik mereka ni agak lain. Ia kembali kepada zaman Sepultura yang terawal sekali iaitu zaman "Bestial Devastation". Line-up diorg pon dah banyak berubah setelah si Bobby Burns dan Joe Nunez telah meninggalkan band ini. Tidak apa. Lagipun aku suka line-up baru diorg nih. Lagu2 yang aku gemar adalah "Gladiator" dan "Plata O Plomo". "Plata O Plomo" mmg ada ciri-ciri Brujeria (lebih kurang mcm tu lah). Dan "Gladiator" pula memang agak ganas juga bila korang kt intro mmg terasa mcm nk bagi penyepak pon ada, nk terajang muka orang pon ada. Pergghhh!!! Mmg brutal la! Tapi aku tak suka muzik video "World Scum" sebab takde yang ganas pon. Yang ada cuma Cicak kobain tgh makan makhluk kecik tu adalah (dan ada unsur2 agama sekali tapi aku x ambik peduli pon).
Jadi klau ada sesape minat album ni belilah kt mana2 kedai yang ada jual. Mana la tau klau ada rezeki ke hehe... Jadi, aku bagi rating 17/20 jer lah.
Subscribe to:
Comments (Atom)

